Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah
salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga)
katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati
syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh
oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang
terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah
mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya
daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment