Friday, August 12, 2011

Ibadah kita untuk siapa?



Dalam agama Islam dan Al-Quran, Tuhan mengatakan.. 
jika kesemua umat manusia dan jin bersatu untuk melakukan dosa, dan berpaling dari Tuhan, 
kerajaan Tuhan tidak akan RUGI walau satu nilai zarah pun...
dan jika kesemua umat manusia dan jin bersatu untuk melakukan kebaikan dan Ibadah kepada Tuhan Yang Maha Satu,
kerajaan Tuhan tidak akan UNTUNG walau satu zarah pun akan kebaikan mereka..
Apakah maksudnya?
Ia mengajar kamu bahawa Tuhan tidak bergantung dan memerlukan kamu..
ataupun amalan kamu,ataupun sujud kamu,ataupun juga ibadah kamu..

KAMU YANG MEMERLUKAN IBADAH INI

kamu yang memerlukan Tuhan dan bukan yang sebaliknya..
Jikalau kamu boleh memahami yang itu,
maka kamu akan dapat menghargai Ibadah kamu
dan mengetahui mengapa kamu perlu beribadah
yang secara amnya mencerahkan kamu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...